Selasa, 28 Mei 2013

SEPETANG DI PUSAT DOKUMENTASI MANUSKRIP, DBP

Puan Nisah Haron membawa rombongan kami sekelas ke Pusat Dokumentasi Manuskrip di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Maklum sahaja, kelas terakhir dan kebetulan pula pengajaran kuliah sudah selesai. Kami bertolak dari Akademi Pengajian Melayu, UM pada pukul 1.40 petang sebaik sahaja selesai menunaikan fardhu zohor. Lebih kurang tidak sampai setengah jam perjalanan, maka sampailah aku buat kali pertamanya di DBP. 


Ini logo DBP. Dari kiri  tu logo seawal penubuhan DBP. Kemudian berubah sampailah kepada gambar yang kanan sekali. Menurut, Puan Nisah, logo ini berinspirasikan pokok daun lontar dan satu lagi..... saya tidak ingat. Oppsss.....Hehehe.


Bersama Jeliliah Alang.


Berdiri di hadapan pintu masuk Galeri Keris Mas. 


Sesiapa yang sudah sedia 'gila buku' mungkin akan jadi 'hantu buku' setelah masuk ke dalam perpustakaan DBP ini yang berada di tingkat 3 bahagian kiri bangunan.


Saja posing-posing. ^_^


Tertarik dengan novel ini. Datang sini semata-mata hendak baca novel ker?


Hanya di Perpustakaan DBP. Kerusi ini sangat menarik bentuknya. Lepas digunakan sila gantung balik kerusi anda!


Sejarah bahasa. Alhamdulillah, saya masih celik jawi.


Posing sikit..hehe



Salah satu manuskrip yang ditulis di atas kayu. 


Puan Nisah dan En. Indrus, Pengurus PDM.


Ni Cik Amiera. Hehe. Kiri kanan adalah rak buku dan buku.


Syikin dan saya. 


Dari kiri, Aimi, Zakaria, Arman, Amin dan saya.


Bergambar dengan salah satu manuskrip yang dipamerkan. Terdapat motif cicak di muka hadapan manuskrip yang berlipat-lipat tu.


Merakam kenangan bersama Puan Nisah Haron, bekas peguam dan sekarang menjadi pengajar di Jabatan Sastera. She is great and the person that i admire most.



Antara rakan mahasiswa yang turut menyertai rombongan. Peja, Azmi, Teha, Aimi dan lain-lain.



Gambar latar adalah mengenai sejarah penubuhan DBP yang dipamerkan di suatu sudut dalam Galeri Keris Mas.

Belum pun puas berada di sana dan bergambar, tengok-tengok jam dan hampir pukul 5.00 petang. Terpaksalah kami bersurai dan pulang ke kampus. Belum puas lagi bergambar, tiba-tiba telefon sudah  habis bateri. Sebelum pulang, kami sempat singgah sebentar di kedai buku DBP dan membeli beberapa buah majalah Dewan Masyarakat. Teringat-ingat pesan Puan Nisah, "mungkin hari ini kita tidak merasa kepentingan lawatan ini, tetapi kemungkinan suatu hari nanti kita tidak akan kekok berurusan di sini jika ada tuntutan tugas yang terpaksa dilaksanakan di DBP".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan